Thursday, March 31, 2011

Hanya Padamu

Pada langit cerah aku tersenyum,
Pada angin lembut aku berbisik,
Pada bintang malam aku bersenandung,
Pada bulan yang terang aku bercerita...

Dengan mereka aku bercanda,
Dengan mereka aku tertawa,
Dengan mereka aku lalui masa,
Dengan mereka aku mencari sempurna..

Namun,

Hanya padamu kutemukan bahagia,
Hanya padamu kuberikan masa,
Hanya padamu aku menjadi sempurna..

New Life

At last. After 8 freaking months, i had something to update. Actually, more to had the kerajinan to update, haha.

New Life. Soon, I will be UMSian. No. Bukan further study. I will work as Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) there. Will report duty on May. Should be on April but since Im still working with SAINS and I need to submit one month resignation notice.

I hope this new job will give me brighter future. Because honestly, I dont see it in SAINS. Sorry SAINS, U r great company, but U just not right for me, haha.

Anyway, buat rakan2 SAINS yang lain, wishing u all good luck and all the best.

Sunday, July 25, 2010

Keinginan

Desire. dlm bahasa inggerisnya.

Keinginan manusia ibarat telaga yang tidak berdasar. Isi sebanyak manapun air, tidak akan mampu memenuhi telaga itu.

Keinginan. Kadang2 manusia menjadi tamak kerana menginginkan segala2nya.

And sometimes, greediness will bring destruction to one self.

Bagai anjing dengan bayang2. Ada sesiapa mahu jadi anjing?

Wednesday, July 14, 2010

Lebih Muda?

Some of you guys may know that 2 months ago my dad got stroke. Alhamdulillah, skrg ini beliau sudah banyak improvement dari segi kesihatan dan emosi beliau. Berkat kesabaran my mom yang sentiasa setia berada di sisi my dad sepanjang masa serta doa dari rakan-rakan dan sanak saudara, my dad is getting well now.

Tapi entry kali ini bukan lah untuk menulis tentang my dad's development. Tapi ada satu peristiwa yang membuatkan aku berfikir (dan hampir tergelak). Kisahnya ada seorang ustaz yang datang untuk mengubat my dad last week. Dalam proses pengubatan, ustaz ni tidak berhenti2 menceritakan pengalaman beliau mengubat orang (dan menurutnya dia kira feymes jga di kelantan).

"Mace2 jenih ore dh sayo ubat. Ado sore budak tu, bayo2 anak ni la" (sambil menunjukkan kearah aku) "umur dio dale 17-18.."

ayat seterusnya aku tidak dengar lagi sebab aku terkesima apabila ustaz tu fikir aku dalam lingkungan 17-18 tahun. Hahaha, alahai ustaz.. kalau lah ustaz tahu ustaz hampir mengurangkan sedekad dari umur sebenar saya...

Anyway, lepas dari peristiwa tu, aku pun mula berfikir. Apakah aku ni memang nampak muda sebab memang aku awet muda atau aku nampak muda sebab aku belum lagi benar-benar matang (childish) dalam kehidupan aku?

Apakah definisi kematangan sebenarnya? Bila sebenarnya kita boleh dianggap betul2 matang? Kalau buah tu bolehlah kita agak samada matang atau pun tidak, tapi bagaimana pula manusia?

Btw, malam ni akan ada orang lagi yang akan datang mengubat my dad. Aku gelarkan mereka "Four Indonesian Brothers". Dapat agaklah kenapa aku gelar mereka begitu kan? Tapi yang menariknya kaedah pengubatan mereka sangat2 "unik". Entry akan datang akan aku ceritakan kaedah mereka.

Friday, July 9, 2010

Holding Someone Dear..

Holding someone dear, means that there will be difficult times..
And times when you miss them..

However..

It is something that makes you happy :)

Doesn't it?

Friday, July 2, 2010

Cintaku Cintamu Bulan

Dikala bebayang langit mengukir malam

Sang waktu seakan-akan terhenti

Dan angin malam terasa membeku

Terpana kerana indahnya Sang Bulan


Walau cahayanya meminjam Sang Mentari

Bulan indah tiada tandingan

Hingga bintang seakan mencemburui

Cemerlangnya cahaya sang Bulan


Kerana Cintaku Cintamu Bulan

ku ingin malam lebih panjang

Kerana Cintaku Cintamu Bulan

ku tak ingin siang menjelang


Walau hari esok pasti tiba

Dan malam bakal berganti siang

Kerana Cintaku Cintamu Bulan

Ku tunggu kedatanganmu esok malam


p/s: Happy birthday Ba-Chan. May everything in your wishing list comes true :)

Tuesday, June 29, 2010

Easy come, Easy go

Kata orang, sesuatu yang kita dapat dengan cara mudah akan dengan mudahnya jua ia akan pergi.

Sebaliknya kalau sesuatu itu kita dapatkan dengan bersusah payah, kita akan lebih menghargainya dan susah la jua ia akan hilang dari kita.

Tapi ada juga sesuatu perkara itu yang tidak mengikut aturan easy come easy go ni.

Contohnya, JERAWAT. Jerawat ni bukan susah untuk kita dapatkan tapi untuk menghilangkannya, bukan sesuatu yang mudah.

Owh jerawat, mengapa di saat2 begini kau harus hadir di mukaku yang tulus dan mulus ini?

Mungkin kerana demam piala dunia menyebabkan my sleep cycle jadi tidak menentu dan seterusnya menghadirkan sebuah jerawat yang sangat strategik kedudukannya di muka ini. Haish, ingat bila sudah tua2 begini tiada lagi masalah jerawat.

Easy come easy go? i dont think so.